Anda di sini

Projek tanaman padi perlu dilaksanakan semula

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Projek tanaman padi perlu dilaksanakan semula bagi memastikan usaha Sabah menjadi pengeluar beras tercapai.

Daud Yusuf (WARISAN- Bongawan) berkata, Sabah mempunyai kawasan tanaman padi yang luas dan pernah digunakan sebelum ini, namun kini terbiar disebabkan beberapa faktor.

Katanya, Kota Belud pernah dicadangkan untuk pelaksanaan projek Jelapang Padi Sabah, tetapi sehingga kini belum dapat direalisasikan.

“Malah di daerah Papar juga mempunyai potensi sama, begitu juga di Bongawan yang sebelumnya pernah menjadi antara kawasan aktif bagi penanaman padi.

“Bongawan mempunyai keluasan kira-kira 300 hektar kawasan sawah padi yang berpotensi dibangunkan dan mampu menghasilkan sehingga ribuan tan metrik setahun,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2023, di sini semalam.

Menurutnya, melalui peruntukan Belanjawan Sabah 2023 untuk sektor pertanian, penternakan dan perikanan berjumlah RM501.54 juta, ia mampu merealisasikan usaha memperkasakan pembangunan sawah padi.

“Usaha ini, sekali gus mengurangkan kebergantungan kita terhadap hasil eksport beras negara luar dan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan ekonomi dunia tahun hadapan.

Apa yang harus kita lakukan ketika ini adalah mengenalpasti permasalahan yang menyebabkan banyak tanah sawah padi kita terbiar dan tidak diusahakan,” katanya.

Daud berkata, semua itu perlukan penyelesaian segera pihak kerajaan melalui jabatan atau kementerian berkaitan.

“Kerajaan negeri harus bersedia dan jadikan usaha ini satu realiti demi kepentingan rakyat, sebelum terlambat,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement