Anda di sini

PKS Sabah sambut baik kerjasama kerajaan negeri, persekutuan

Advertisement
FOO NGEE KEE
FOO NGEE KEE

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Kecil Sederhana Sabah (PKS Sabah) menyambut baik kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan demi kestabilan negara.

Presidennya, Datuk Foo Ngee Kee menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 baru-baru ini.

Menurutnya, kemasukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam kerajaan perpaduan dilihat mampu meningkatkan ekonomi negeri ini.

Katanya, PKS Sabah berpendapat kerjasama itu dapat membantu komuniti peniaga di negeri ini supaya bertambah maju khususnya kepada usahawan PKS.

“Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 sudah membuat perancangan ekonomi untuk negeri ini sehingga tahun 2025.

“Melalui pelan tersebut beberapa pencapaian dari segi ekonomi sudah diperoleh dan saya yakin banyak lagi kejayaan akan dicapai dalam tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, tahun lalu kerajaan negeri berjaya mencatatkan hasil yang paling tinggi iaitu sebanyak RM5.449 bilion.

“Kerajaan negeri juga telah membentangkan belanjawan lebih RM5.1 bilion untuk tahun 2023 dan jumlah itu meningkat berbanding RM4.6 bilion tahun ini.

“Justeru, PKS Sabah mengharapkan kerajaan GRS dapat meneruskan pelan pembangunan SMJ untuk membantu usahawan PKS memulihkan perniagaan mereka dan mencipta peluang perniagaan baharu,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement