Anda di sini

Phum Viphurit sedia kembali lagi ke Sarawak 

Advertisement

Penyanyi, penulis lagu Thailand itu sedia buat penampilan kedua di Sarawak pada Festival Sunbear 2022 bulan depan

 Phum Viphurit bersedia untuk membuat persembahan hebat di Festival Sunbear 2022 pada Disember depan.
KEMBALI LAGI: Phum Viphurit bersedia untuk membuat persembahan hebat di Festival Sunbear 2022 pada Disember depan.

KUCHING: Penyanyi dan penulis lagu Thailand Phum Viphurit bersedia untuk membuat penampilan kedua di Sarawak pada Festival Sunbear 2022 bulan depan.

Acara itu dijadualkan berlangsung di Kampung Budaya Sarawak (SCV) pada 9 dan 10 Disember depan.

Phum mencapai kemasyhuran meteorik pada 2018 untuk single hitnya 'Lover Boy'. 

Beliau bakal membuat persembahan pada hari kedua festival itu untuk memikat orang ramai sekali lagi dengan bariton yang penuh perasaan dan irama groovy.

Phum akan berkongsi pentas dengan rakan-rakan tajuk utama, antara lainnya adalah The Red Jumpsuit Apparatus, FUR, Ramengvrl dan Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Sebelum ini, kemunculan Phum telah diumumkan oleh penganjur festival pada September lalu.

Sementara itu pada Oktober lalu, Phum membuat persembahan di Festival Jazz Waterfront Kuching yang menyaksikan beliau memainkan beberapa melodi terkenalnya iaitu 'Wings', 'Long Gone', 'Softly Spoken', dan 'Lover Boy'.

Album kedua beliau yang telah lama dinantikan, 'The Greng Jai Piece' dijangka akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini.

 

Dalam pada itu, untuk menikmati diskaun istimewa 30 peratus, bawa tiga potongan logo Sunbear yang diterbitkan dalam edisi cetakan The Borneo Post bersama laporan mengenai festival itu ke Tirta Barong di Wayang Street di sini untuk menebus diskaun bagi satu tiket.

Penebus tiket juga dikehendaki mengikuti ‘Sunbear Festival’ dan ‘The Borneo Post’ di laman sosial mereka iaitu Facebook atau Instagram untuk melayakkan diri menerima tawaran diskaun tersebut.

Kadar diskaun terhad kepada 200 tiket sahaja dan tawaran tamat pada 5 Disember 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival itu, ikuti Festival Sunbear di Facebook dan Instagram atau hubungi +6016 5768797 atau e-mel [email protected].

The Borneo Post dan Utusan Borneo adalah Rakan Media Rasmi Sarawak Festival Sunbear 2022.
 

Advertisement