Anda di sini

Peruntukan ADUN perlu disalur kepada wakil rakyat pembangkang

Advertisement
CALVIN
CALVIN

KOTA KINABALU: Peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak RM3 juta wajar diberikan sama rata kepada semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong berkata, peruntukan itu penting untuk pembangunan di kawasan masing-masing wakil rakyat.

"Peruntukan RM2 juta kepada ADUN yang diperuntukan dalam Belanjawan 2022, saya masih belum menerima satu sen pun sehingga hari ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
 
Beliau berharap, peruntukan ADUN sebanyak RM3 juta pada kali ini dapat disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang agar mampu membawa pembangunan di kawasan masing-masing.

Katanya, Elopura merupakan kawasan yang padat dengan penduduk, oleh itu peruntukan ADUN sangat diperlukan bagi pembiayaan pembangunan.
 
Calvin berkata, peruntukan kawasan beliau diturunkan kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat.

"Mereka perlu yang menerima peruntukan ini perlu menjelaskan dimana perginya peruntukan yang disalurkan itu," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement