Anda di sini

Lee ucap tahniah kepada Perdana Menteri ke-10

Advertisement
LEE
LEE

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Beliau gembira melihat pelbagai parti politik telah bersama-sama membentuk sebuah kerajaan perpaduan dan berharap kepimpinan Anwar akan mewujudkan kestabilan politik jangka panjang serta pembangunan ekonomi yang berterusan.

"Ekonomi Malaysia tidak dinafikan terjejas akibat pandemik COVID-19 serta keadaan politik negara sejak tiga tahun lepas.

"Kini perkara penting adalah untuk memastikan pembangunan ekonomi negara stabil," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berharap kerajaan perpaduan dapat mengamalkan keadilan kepada semua negeri di Malaysia khususnya Sabah.

"Saya juga berharap kerajaan baharu ini dapat mendengar aspirasi persatuan ini kerana hak asasi rakyat berkait rapat dengan kerajaan," katanya.

Advertisement