Anda di sini

Kerajaan negeri diminta pantau projek Pan Borneo

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri diminta untuk memantau projek Pan Borneo yang selalu menjadi rungutan pengguna jalan raya di Sabah.   

Datuk Yusof Yacob (UMNO-Sindumin) berkata, rakyat ketika ini mengeluh dengan keadaan jalan raya yang dianggap teruk dan berlubang-lubang disebabkan kerja-kerja pembinaan jalan Pan Borneo.

Katanya, masalah itu menyebabkan perjalanan memakan masa yang lama dan banyak kemalangan berlaku sehingga mengakibatkan kematian dan kerosakan kenderaan.

“Semua rakyat memohon supaya kerajaan menasihatkan kontraktor yang melaksanakan projek Pan Borneo supaya lebih bertanggungjawab dan menjaga keselamatan pengguna melalui pemantauan rapi.

“Kontraktor harus memastikan jalan dalam keadaan selamat dan membaiki segera kerosakan terutamanya yang berlubang,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2023, di sini hari ini.

Yusof juga meminta supaya kerajaan negeri mengkaji semua perjanjian konsesi yang didapati melanggar perjanjian.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri perlu mempercepatkan penyediaan infrastruktur seperti jalan, bekalan air, elektrik dan internet (fibre optic) bagi menarik pelabur luar masuk ke Sabah.

“Saya juga inginkan kerajaan mempercepatkan proses kelulusan dan mempunyai jawatankuasa khas untuk melihat proses kelulusan pelaburan ke Sabah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement