Anda di sini

Kemudahan asas di Kemabong perlu diberi perhatian

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dipohon untuk memberikan perhatian sewajarnya bagi menaik taraf kemudahan asas di Kemabong.

Datuk Rubin Balang (BERSATU-Kemabong) berkata, Tenom dan Kemabong mempunyai sumber air mencukupi tetapi jabatan air tidak mampu membekalkan air bersih secukupnya kepada rakyat di kedua kawasan terbabit.

"Saya mohon kerajaan menyalurkan peruntukan membina paip-paip graviti yang belum ada kemudahan itu di kawasan saya.

"Berilah juga peruntukan membaiki pulih paip-paip graviti yang rosak akibat musim tengkujuh baru-baru ini," katanya membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2023 di sini, hari ini.

Selain itu katanya, berikutan kejadian banjir besar pada 2021, banyak jalan raya telah rosak di kawasan perkampungan Kemabong serta Tenom.

Katanya, walaupun sudah menggunakan dana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk tujuan menyelenggara jalan raya tetapi ianya tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya memohon Kementerian Kerja Raya mengambil tindakan serius untuk menyelenggara jalan raya yang rosak.

"Selain itu, saya juga minta kerajaan membantu para pengusaha tanaman padi sawah dan bukit di kawasan saya," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement