Anda di sini

FUR bersedia pikat penggemar muzik lama, baharu di Festival Sunbear 2022

Advertisement
FUR bersedia menghangatkan pentas pada hari kedua festival itu dengan riff gitar 60-an serta sentuhan muzik kontemporari moden.
FUR bersedia menghangatkan pentas pada hari kedua festival itu dengan riff gitar 60-an serta sentuhan muzik kontemporari moden.

KUCHING: Kuartet rock indie FUR yang berpangkalan di Brighton, United Kingdom (UK) bersedia untuk memikat penggemar muzik lama dan baharu di Festival Sunbear 2022 dengan melodi muzik mereka yang berinspirasikan nostalgia 60-an.

Festival itu akan dipentaskan di Kampung Budaya Sarawak (SCV) di sini pada 9 dan 10 Disember ini.

FUR merupakan idola bagi setiap pemuzik kerana video muzik single mereka yang terkenal 'If You Know That I'm Lonely’ menjadi tular di Youtube dengan mengumpul berjuta-juta tontonan dalam beberapa bulan selepas ia dikeluarkan pada 2017.

Pengalaman yang mengubah hidup ini memberi peluang kepada penyanyinya William Murray, pemain gitar Harry Saunders, pemain bass William 'Tav' Taverner dan pemain dram Flynn Whelan untuk mengeluarkan album sulung mereka ‘When You Walk Away' pada November tahun lalu.

Terbaharu iaitu pada Ogos lalu, FUR mengeluarkan EP baharu mereka ‘Oldies & Goldies’.

Peminat kumpulan itu harus menyediakan kasut menari mereka untuk Festival Sunbear 2022 kerana FUR dijamin akan menarik perhatian sepanjang malam.

FUR juga dijadualkan membuat persembahan di The Bee di Kuala Lumpur pada 11 Disember depan, selepas berakhirnya festival tersebut.

Dalam pada itu, untuk menikmati diskaun istimewa 30 peratus, bawa tiga potongan logo Sunbear yang diterbitkan dalam edisi cetakan The Borneo Post bersama laporan mengenai festival itu ke Tirta Barong di Wayang Street di sini untuk menebus diskaun bagi satu tiket.

Potong dan kumpulkan tiga keping logo Festival Sunbear 2022 untuk membeli tiket pada harga diskaun.
Potong dan kumpulkan tiga keping logo Festival Sunbear 2022 untuk membeli tiket pada harga diskaun.

Penebus tiket juga dikehendaki mengikuti Sunbear Festival dan The Borneo Post di laman sosial mereka iaitu Facebook atau Instagram untuk melayakkan diri menerima tawaran diskaun tersebut.

Kadar diskaun terhad kepada 200 tiket sahaja dan tawaran tamat pada 5 Disember 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival itu, ikuti Festival Sunbear di Facebook dan Instagram atau hubungi +6016 5768797 atau e-mel [email protected].

The Borneo Post dan Utusan Borneo adalah Rakan Media Rasmi Sarawak Festival Sunbear 2022.

Advertisement