Anda di sini

Bina PPR untuk penempatan semula penduduk setinggan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kukusan bagi menempatkan semula penduduk setinggan sekitar kawasan tersebut.

Rina Jainal (Harapan Rakyat-Kukusan) berkata, sehingga hari ini hanya dua buah kampung digazet di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan iaitu Kampung Jawa dan Muhibbahraya.

"Masih banyak penempatan berstatus setinggan yang dihuni penduduk tempatan memerlukan pembelaan sewajarnya.

"Demi penduduk Kukusan, saya berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian mengenai perkara ini," katanya membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2023 di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, usaha itu sekali gus mampu mengatasi masalah setinggan termasuk sistem perparitan, kebersihan, keselamatan dan persekitaran sosial lebih baik kepada generasi muda.

Dalam pada itu katanya, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menaikan peruntukan ADUN kepada RM3 juta pada tahun hadapan.

"Peruntukan ini amat diperlukan dalam membantu rakyat dalam aspek pembangunan serta kebajikan," katanya.
  

  • oleh
  • Advertisement