Anda di sini

APM selamatkan dua pemancing hampir lemas

Advertisement
 Anggota APM menenangkan mangsa sebelum diberikan rawatan susulan.
TENANG: Anggota APM menenangkan mangsa sebelum diberikan rawatan susulan.

KOTA KINABALU: Dua pemancing berjaya diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas dilaporkan hampir lemas di Pantai Tanjung Aru, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, kedua-dua mangsa berumur 40-an terbabit tidak pandai berenang dan dilaporkan mengalami kekejangan otot serta trauma.

Pegawai Pertahanan Awam Kota Kinabalu, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada jam 1.20 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 400 meter daripada menara penyelamat APM.

“Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan peralatan menyelamat di air ‘Surfboard Rescue’.

“Mangsa kemudiannya ditenangkan oleh pasukan operasi sebelum diberikan rawatan susulan oleh pihak ambulans yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Hazle Shah berkata, kedua-dua mangsa yang terlibat dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Operasi tersebut ditamatkan pada jam 1.35 petang dan status operasi ini diklasifikasikan sebagai berjaya,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement