Anda di sini

Tiga lelaki ditahan di Perak terbabit judi bola sepak

Advertisement
 

IPOH: Polis Perak menahan tiga lelaki di dua daerah di negeri ini dipercayai terbabit dengan kegiatan judi bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan di daerah Ipoh dan Hilir Perak.

Beliau berkata menerusi serbuan itu, pihaknya merampas dua telefon bimbit yang dijadikan sebagai alat peranti untuk mencatit pertaruhan serta turut merampas wang tunai RM900.

"Aktiviti pertaruhan Op Soga dikesan menggunakan aplikasi dikenali sebagai JOL yang membolehkan pelanggan membuat pertaruhan di alam maya.

"Suspek hanya perlu menambah nilai di aplikasi berkenaan dengan membeli  tambah nilai kredit telefon pintar secara terus di premis yang menyediakan tambah nilai tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini

Mohd Yusri berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan tindakan berterusan sedang dijalankan untuk memerangi aktiviti tersebut secara menyeluruh. - BERNAMA
 

Advertisement