Anda di sini

The Red Jumpsuit Apparatus buat penampilan sulung di Malaysia pada Festival Sunbear 2022

Advertisement
The Red Jumpsuit Apparatus dijadualkan untuk membuat persembahan di Sunbear Festival 2022 yang bakal di Kampung Budaya Sarawak (SCV). 
The Red Jumpsuit Apparatus dijadualkan untuk membuat persembahan di Sunbear Festival 2022 yang bakal di Kampung Budaya Sarawak (SCV). 

KUCHING: Kumpulan rock Amerika diiktiraf di peringkat antarabangsa, The Red Jumpsuit Apparatus akan membuat penampilan sulung mereka di Malaysia pada Festival Sunbear 2022, Disember ini.

The Red Jumpsuit Apparatus  yang terkenal dengan single platinum mereka "Face Down", dijadualkan membuat persembahan pada hari kedua (10 Dis).

Menurut penganjur festival, pihaknya berhasrat mengembalikan suasana nostalgia emo-fest bersama The Red Jumpsuit Apparatus di Kuching selepas mendapat inspirasi daripada pengumuman festival muzik bertemakan emo “When We Were Young” oleh Live Nation (USA) awal tahun ini.

“Apabila kami melihat beberapa aksi yang ditampilkan dalam festival itu (MCR, Green Day, Paramore, Good Charlotte), ia membuatkan kami tidak sabar-sabar untuk mengembalikan emo. Jika anda ingat kembali pada tahun 2006, orang ramai akan mendengar dan menyanyikan lagu-lagu itu pada waktu rehat sekolah bahkan semasa sesi melepak.

"Jadi, kami fikir adalah baik untuk mengimbau kembali kenangan itu bersama orang ramai kerana kebanyakan mereka merapatkan jurang melalui cinta terhadap muzik emo," kata penganjur kepada The Borneo Post.

Peminat kumpulan itu boleh menjangka The Red Jumpsuit Apparatus memainkan beberapa lagu hits awal mereka yang pasti akan mengembalikan nostalgia dan menghidupkan semula tahun 2006.

Berasal dari Middleburg, Florida, The Red Jumpsuit Apparatus  telah mencapai pensijilan Emas dan Platinum daripada RIAA dengan ratusan juta lagu mereka distrim di seluruh dunia.

Sepanjang penubuhan mereka sebagai sebuah kumpulan, The Red Jumpsuit Apparatus telah menghasilkan lebih lima album sehingga kini, dengan album terbaru mereka "The Awakening" yang dikeluarkan pada 2018.

Barisan kumpulan semasa terdiri daripada adik-beradik, Ronnie dan Randy Winter, Josh Burke, Joey Westwood, dan Jon Espy.

Untuk menikmati diskaun istimewa 30 peratus, bawa tiga potongan logo Sunbear yang diterbitkan dalam edisi cetakan The Borneo Post bersama-sama laporan mengenai festival itu ke Tirta Barong di Wayang Street di sini untuk menebus diskaun bagi satu tiket.

Penebus tiket juga dikehendaki mengikuti ‘Sunbear Festival’ dan ‘The Borneo Post’ di laman sosial mereka iaitu Facebook atau Instagram untuk melayakkan diri menerima tawaran diskaun tersebut.

Kadar diskaun terhad kepada 200 tiket sahaja, dan tawaran tamat pada 5 Disember 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival itu, ikuti Festival Sunbear di Facebook dan Instagram atau hubungi +6016 5768797 atau e-mel [email protected].

The Borneo Post dan Utusan Borneo adalah Rakan Media Rasmi Sarawak Festival Sunbear 2022.