Anda di sini

Robert sifatkan Program Anime Fiesta menarik dan unik

Advertisement
 Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir semasa melawat ke tapak-tapak pameran yang terdapat di program itu.
ALBUM: Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir semasa melawat ke tapak-tapak pameran yang terdapat di program itu.



KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik meluangkan masa merasmikan Program Anime Fiesta Keningau yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau, kelmarin.


Berucap semasa merasmikan program itu, Robert turut merakamkan ucapan tahniah kepada penganjur kerana telah berjaya mengadakan acara itu buat julung kalinya yang dilihat amat menarik dan unik.


“Tahniah kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan program ini yang julung kalinya diadakan di daerah Keningau.


“Saya melihat terdapat banyak keunikan yang menarik pada Program Anime Fiesta Keningau ini dan berharap agar semua peserta dan pengunjung terhibur dalam acara ini.


“Saya juga melihat bahawa program ini sangat menarik dan berpotensi untuk menarik lebih ramai peserta, pengunjung dan pelancong daripada seluruh Sabah pada masa akan datang,” katanya.


Sehubungan itu Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut menzahirkan sokongan terhadap apa jua program yang dianjurkan oleh belia bagi memenuhi kehendak mereka serta hobi asalkan ianya memberi manfaat kepada belia, seterusnya mengelakkan mereka terjebak dalam masalah gejala sosial.


Hadir sama Pengerusi Penganjur Nizam Imran Blasius, Penasihat Penganjur Blasius Juatol dan Wakil CEO Hobbycon.

  • oleh
  • Advertisement