Anda di sini

China sedia bekerjasama dengan Korea Utara demi keamanan dunia

Advertisement
Gambar tidak bertarikh serahan KCNA semalam menunjukkan Kim bersama anak perempuannya bergambar bersama anggota tentera yang terlibat dalam ujian pelancaran ICBM di lokasi tidak didedahkan di Korea Utara. - Gambar AFP
Gambar tidak bertarikh serahan KCNA semalam menunjukkan Kim bersama anak perempuannya bergambar bersama anggota tentera yang terlibat dalam ujian pelancaran ICBM di lokasi tidak didedahkan di Korea Utara. - Gambar AFP

SEOUL: Presiden China Xi Jinping memberitahu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bahawa Beijing bersedia untuk bekerjasama dengan Pyongyang untuk keamanan dunia, lapor media Korea Utara kelmarin.

Mesej dari Xi itu dibuat beberapa hari selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua dalam salah satu ujiannya yang paling kuat, mengisytiharkan ia akan menandingi ancaman nuklear Amerika Syarikat (AS) dengan nuklearnya sendiri.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Korea Utara telah menjalankan pelancaran peluru berpandu yang memecahkan rekod dan ramai bimbang kerana ia sedang menjalankan ujian nuklear ketujuh, buat kali pertama sejak 2017.

Dalam perutusannya kepada Kim, Xi berkata Beijing bersedia bekerjasama dengan Utara untuk keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran rantau ini dan dunia, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) Pyongyang.

Xi berkata, beliau bersedia bekerjasama dengan Pyongyang kerana perubahan dalam dunia, masa, dan sejarah sedang berlaku dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut laporan KCNA yagf memetik daripada mesej respons kepada ucapan tahniah daripada Kim selepas Kongres Parti Komunis China memberi Xi penggal ketiga pentadbiran pada bulan lalu.

Beberapa hari sebelum pelancaran ICBM Korea Utara, Xi bertemu di luar sidang kemuncak Kumpulan 20 di Bali dengan Presiden AS Joe Biden, yang menyuarakan keyakinan bahawa Beijing tidak mahu melihat ancaman lagi oleh Pyongyang.

Washington berkata ia mahu China, sekutu paling penting Pyongyang dan dermawan ekonomi, menggunakan pengaruhnya untuk membantu mengekang Korea Utara.

Pelancaran peluru berpandu pada 18 November itu merupakan ICBM terbaharu Pyongyang dengan jarak yang berpotensi untuk menggegarkan tanah besar AS.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat terbuka berhubungan dengan pelancaran itu, dengan AS, Britain, Perancis dan India antara 14 negara yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pyongyang.

Tetapi seorang diplomat Barat memberitahu AFP bahawa China dan Rusia telah memilih untuk tidak meletakkan nama mereka kepada kenyataan demikian.

Awal bulan ini, AS menuduh Beijing dan Moscow melindungi Pyongyang daripada hukuman.

Pyongyang sudah berada di bawah pelbagai jenis sekatan antarabangsa kerana program peluru berpandu nuklear dan balistiknya, dan China menyumbangkan lebih daripada 90 peratus dalam perdagangan dua hala dengan negara miskin itu. – AFP 

Advertisement