Anda di sini

TABS hulur sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran

Advertisement
 Lokman (enam dari kiri) menyampaikan sumbangan itu kepada Nelson yang mewakili ayahnya sambil diperhatikan Ramlye, Matasan, Roslan dan ibu bapa pelatih.
SAMPAIKAN: Lokman (enam dari kiri) menyampaikan sumbangan itu kepada Nelson yang mewakili ayahnya sambil diperhatikan Ramlye, Matasan, Roslan dan ibu bapa pelatih.



KOTA KINABALU: TABS SAFA Bandaraya menghulurkan sumbangan kepada keluarga pelatihnya yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran di Inanam Jaya, baru-baru ini.


Pelatih itu, Nelson Silverinus merupakan penjaga gol pasukan TABS Bandaraya B12 adalah anak kepada Silverinus Majangkah yang kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran beberapa hari lepas.


Selain sumbangan daripada pengurusan TABS itu, ibu bapa pelatih juga turut memberi sumbangan kepada keluarga berkenaan.


Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim hadir bagi menyampaikan kedua-dua sumbangan itu kepada Nelson, anak keenam Silverinus di sini, pagi tadi.


Katanya, sumbangan itu bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung keluarga berkenaan yang rumah mereka musnah dalam dalam kebakaran tersebut.


Menurut beliau, TABS bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi keluarga tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa pelatih TABS yang turut menjalankan kutipan untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa.


Lokman berkata, Nelson merupakan seorang penjaga gol yang berpotensi dan akan mewakili pasukan TABS B12 untuk ke grand final Liga Suparimau di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan hadapan.


Turut hadir ialah naib pengerusi TABS, S.A Ramlye, ketua jurulatih TABS, Matasan Ahmad dan penolongnya, Roslan Wasli.

  • oleh
  • Advertisement