Anda di sini

Shafie bertemu Anwar bincang soal pentadbiran negara

Advertisement
 Presiden Parti WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (kanan) mengadakan perbincangan ketika kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.
BINCANG: Presiden Parti WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (kanan) mengadakan perbincangan ketika kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA: Presiden Warisan (WARISAN) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal hari ini telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perihal pentadbiran negara.

Shafie berkata, perbincangan itu juga termasuk perjalanan pentadbiran yang perlu dilakukan dalam masa terdekat ini.

"Kita bincang mengenai perjalanan pentadbiran bagi memastikan kita berada dalam landasan sepatutnya," katanya ketika ditemui selepas pertemuan bersama Perdana Menteri itu di sini, hari ini.

Berkaitan dengan perlantikan ke kabinet persekutuan, Shafie menjelaskan pihaknya tidak membincangkan perkara itu secara terperinci.

Katanya, perbincangan hanya tertumpu kepada kepentingan perjalanan pentadbiran negara yang perlu diurus dengan baik.

"Harapan rakyat terhadap pemerintahan hari ini adalah sangat tinggi dan kita berharap ianya dapat dilaksanakan.

"Kita tahu ianya bukan mudah, kita tahu banyak rintangan serta permasalahan, kita juga tahu keadaan ekonomi negara dan dunia," katanya.

Selain itu katanya, perbincangan itu juga menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, ia merupakan antara perkara yang perlu dilaksanakan serta dilihat secara serius oleh pemerintahan kali ini.

Turut sama mengiring ialah Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tony Koh.

  • oleh
  • Advertisement