Anda di sini

Seorang maut, dua cedera pacuan empat roda bertembung lori

Advertisement
 Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda tersebut.
MAUT: Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda tersebut.

LAHAD DATU: Seorang pemandu maut, manakala penumpangnya cedera selepas kereta pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Batu 16, Jalan Lahad Datu - Sandakan, di sini, petang tadi.

Pemandu pacuan empat roda, lelaki berumur 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Manakala, penumpangnya lelaki berumur 58 tahun dan pemandu lori lelaki berumur 54 tahun mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.48 petang.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bomba bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Terdapat tiga mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut yang membabitkan dua kenderaan jenis pacuan empat roda dan lori.

“Pemandu lori dan penumpang pacuan empat roda yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pemandu pacuan empat roda yang tersepit di dalam keretanya kemudian dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.20 petang,”katanya.

  • oleh
  • Advertisement