Anda di sini

SATA, KSTI pacu pembangunan keusahawanan di Sabah

Advertisement
 Lapan peserta zon Pantai Timur yang berjaya akan berentap pada pusingan akhir, di Kota Kinabalu.
BERJAYA: Lapan peserta zon Pantai Timur yang berjaya akan berentap pada pusingan akhir, di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Pitchborneo adalah platform pembangunan dan pendanaan idea perniagaan anjuran Sabah Techpreneur Association (SATA) melalui pembiayaan daripada Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (KSTI).

Presiden SATA Saverinus Kitingan berkata, projek komuniti yang menyasarkan penglibatan usahawan inovasi dan teknologi pemula di peringkat akar umbi itu bermula pada tahun 2011 dan dijadikan sebagai acara tahunan.

Katanya, Pitchborneo akan diadakan di setiap zon iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Pantai Timur, dan Utara bagi mencari enam idea terbaik untuk dipertandingkan di pentas akhir.

“Namun, disebabkan kekangan bajet tahun ini, ia hanya dilaksanakan di tiga zon sahaja sebelum dibawa ke peringkat akhir.

“Lapan idea terbaik dipilih di setiap zon dan dua pilihan penganjur yang menjadikan 26 idea yang akan bertanding di Pitchborneo 2022 (PB2022) peringkat akhir negeri,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, 10 pemenang idea terbaik yang terpilih oleh juri profesional akan menerima geran bernilai RM20,000 dan bimbingan mentor perniagaan yang pakar dalam industri masing-masing.

“Sebagai platform ‘Business Pitching’ tempatan yang terawal di negeri ini, SATA sudah melahirkan dan membangunkan lebih 1,200 orang usahawan aktif di seluruh Sabah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement