Anda di sini

Kes COVID-19 di Sabah menurun

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Jumlah penduduk yang dilaporkan positif COVID-19 di negeri ini menurun iaitu hanya 154 kes berbanding sebelum ini sebanyak 210 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata penurunan sebanyak 56 kes itu disebabkan bilangan sampel ujian saringan yang diterima adalah rendah.

Katanya, melalui ujian sampel itu, jumlah kes positif sebenarnya meningkat kepada 16.33 peratus berbanding sebelum ini 15.70 peratus.

“Kota Kinabalu kekal penyumbang tertinggi kes baharu iaitu sebanyak 62 kes meningkat 17 kes walaupun jangkitan harian berkurangan di seluruh Sabah.

“Tiga lagi daerah mencatatkan jangkitan dua angka iaitu Penampang sebanyak 20 kes, Lahad Datu 18 kes dan Kota Marudu 10 kes.

“Bagaimanapun 14 daerah tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 154 kes baharu yang direkodkan semalam adalah kategori satu dan dua.

  • oleh
  • Advertisement