Anda di sini

Anak gajah mati dilanggar kereta

Advertisement
 Kakitangan JHL mengubur anak gajah yang mati akibat dilanggar kereta.
KUBUR: Kakitangan JHL mengubur anak gajah yang mati akibat dilanggar kereta.

LAHAD DATU: Seekor anak gajah mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta di Kilometer 13, Jalan Lahad Datu - Sandakan, di sini, awal pagi semalam.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylverter Saimin berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 2.16 pagi dan menyebabkan anak gajah berkenaan mati di lokasi kejadian.

Katanya, pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak ketika anak gajah tersebut melintas disebabkan jarak yang terlalu dekat.

“Selepas kemalangan itu, pemandu kereta terbabit segera membuat laporan polis dan JHL Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Kakitangan JHL Lahad Datu telah melakukan post mortem dan kemudian mengubur bangkai anak gajah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit seorang lelaki tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun keretanya rosak di bahagian hadapan.

  • oleh
  • Advertisement