Anda di sini

Sabah catat 210 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 210 kes baharu COVID-19 dengan penurunan 56 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kadar positif di Sabah bagaimanapun terus meningkat kepada 15.70 peratus berbanding 14.61 peratus berbanding kelmarin. 

“Angka jangkitan yang menurun berpunca daripada bilangan sampel ujian yang jauh lebih rendah sebanyak 1,338 semalam berbanding jumlah 1,821 kelmarin.

“Lapan daerah merekodkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 45 kes, Papar 31 kes, Kota Belud 22 kes, Lahad Datu 20 kes, Penampang 18 kes, Tuaran 18 kes, Tawau 15 kes dan Kota Marudu 10 kes,” katanya.

Tambahnya jumlah daerah yang tidak merekodkan jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu meningkat daripada lima daerah kelmarin kepada 11 daerah semalam.

Katanya daripada 210 kes yang direkodkan semalam, 208 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 dan masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4.

  • oleh
  • Advertisement