Anda di sini

PM China ucap tahniah kepada PM Anwar

Advertisement
 

BEIJING: Perdana Menteri China Li Keqiang pada Jumaat menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri Malaysia.

Li berkata secara tradisinya China dan Malaysia adalah jiran seberang laut dan hubungan akrab ini menyaksikan momentum pembangunan yang hebat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kedua-dua pihak terus mengukuhkan kepercayaan politik bersama dan memperdalam kerjasama sama menang, menyumbang secara positif kepada keamanan serta kemakmuran kedua-dua negara dan rantau ini, kata beliau. 

Li berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Anwar untuk mengukuhkan lagi perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara dan bersama-sama melangkah ke hadapan ke arah membina komuniti China-Malaysia dengan berkongsi masa depan demi manfaat negara dan rakyat. - BERNAMA
 

Advertisement