Anda di sini

Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk kekal stabil minggu depan

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran tunai.

Bagi minggu yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik, tender Qard, dan tender Program Murabahah Komoditi.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini berkurangan menjadi RM48.71 bilion daripada RM52.62 bilion pada minggu sebelumnya, manakala dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM41.2 bilion daripada RM36.71 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 24 November 2022.

Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada hari Isnin (28 Nov) bersempena cuti  khas seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA
 

Advertisement