Anda di sini

'Putt golf' amal MCMF kutip derma untuk sekolah pedalaman

Advertisement
Peserta "putt golf" amal bergambar kenangan di Eastwood.
Peserta "putt golf" amal bergambar kenangan di Eastwood.

MIRI: Seramai 20 pemain golf terlibat menjayakan "putt golf" amal sempena kejohanan golf Festival Muzik Country Miri (MCMF) di Eastwood Valley Golf and Country Club, hari ini.

Kutipan daripada aktviti ini akan didermakan kepada Tadika Long Latei dan SK Long Lama. 

Turut dikendalikan ialah Projek Buku "One Book For Life" yang mengumpul derma bahan bacaan disumbangkan penduduk Miri, pengunjung dan pemuzik. 

Festival dua hari diadakan bermula semalam dengan sasaran pengunjung dan peminat seramai 2000 orang. 

Pemuzik dari Malaysia yang telah  mengesahkan penyertaan ialah Lyia Meta yang merupakan bekas pemenang Artis Terbaik Muzik Sedunia di Anugerah Muzik Josie di Tennessee Amerika Syarikat pada 2018. 

Pada 2021, Lyia diundi untuk Anugerah Vokal Terbaik Wanita dan Penghibur Virtual  di Anugerah Country Muzik Antarabangsa Texas Sound.

Pemuzik tempatan lain ialah Kamal Bukhari yang merupakan bintang yang sedang meningkat naik dalam muzik country. 

Dari Miri ialah Country Roads Band, Mountain Wind dan Session Band aka Session: The Band. 

Turut dijemput ialah Tantowi Yahya yang merupakan penyanyi muzik country popular dari Indonesia yang telah menghasilkan 10 album dengan jualan album keseluruhannya sebanyak 3 juta unit.

Artis antarabangsa lain ialah The Johnny Loda Trio (Italy, United Kingdom,Thailand), Clay George dan The Combodia Country Band (USA/Kemboja) dan Ramon Cedillo dari Singapura. 
 

  • oleh
  • Advertisement