Anda di sini

Penubuhan kerajaan perpaduan perlu inklusif, libatkan kerajaan Sabah, Sarawak

Advertisement
PETER
PETER

KOTA KINABALU: Penubuhan Kerajaan Perpaduan perlulah bersifat inklusif dengan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony berkata keperluan ini bagi memastikan negara mampu untuk maju ke hadapan.

“Parti KDM juga berpendirian bahawa penubuhan Kerajaan Perpaduan haruslah bersifat inklusif dan turut melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Bagi memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sehubungan itu katanya KDM berpendirian bahawa perlu untuk pembentukkan Kerajaan Persekutuan yang stabil demi kepentingan negara.

“Semua Ahli Majlis Tertinggi Parti KDM senada untuk akur kepada apa sahaja keputusan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

  • oleh
  • Advertisement