Anda di sini

Pemimpin perlu hayati perpaduan demi kestabilan politik negara

Advertisement
DENNISON
DENNISON

KOTA KINABALU: Semua pemimpin perlu menghayati erti perpaduan dan terus melangkah ke hadapan demi kestabilan politik serta pembangunan negara.

Saranan itu adalah respon selepas pengumuman Perdana Menteri Ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan baharu yang bakal dibentuk melalui pelbagai gabungan Parti Politik.

Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Dennison Indang berkata, Malaysia perlu bergerak sebagai sebuah negara yang progresif khususnya di rantau ini.

Katanya, semua pemimpin dan rakyat di negara ini perlu bersatu serta menolak fahaman politik perkauman dan ketaksuban.

“Kerajaan yang baharu dibentuk ini harus memberikan tumpuan mengenai isu-isu mendesak termasuklah kos sara hidup yang tinggi dan masalah ekonomi dunia.

“Semua rakyat mengharapkan kerajaan dapat menangani masalah negara dengan baik dan memberi perkhidmatan yang sepatutnya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kerajaan baharu ini diharapkan dapat membentuk satu pasukan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang supaya ia dilihat inklusif.

Sementara itu, Dennison yang juga Ketua Bahagian UPKO Kota Kinabalu menyifatkan permohonan maaf Parti Tindakan Demokratik (DAP) kepada kerajaan dan rakyat Sarawak sebagai perbuatan yang porsitif.

  • oleh
  • Advertisement