Anda di sini

PBS akur keputusan Agong, GRS, PN

Advertisement
MAXIMUS
MAXIMUS

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) bersetuju dengan keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan politik di negara ini.

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu juga akur dengan penyelesaian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah terhadap kemelut politik di negara ini.

“Negara memerlukan pembentukan kerajaan Persekutuan dengan segera dan PBS bersetuju dengan keputusan yang sudah diambil dalam memastikan pentadbiran yang harmoni, adil dan stabil,” katanya.

Advertisement