Anda di sini

Pasca PRU15:  Anthony Loke jumpa Premier Sarawak, mohon maaf jika pernah singgung rakyat Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke (gambar) mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian di kediaman premier di Petra Jaya, dekat sini, pagi ini.

Anthony dalam kenyataannya berkata pertemuan itu diadakan bagi membincangkan hubungan antara DAP dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg di kediaman beliau di Kuching. Turut hadir bersama ialah YB Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

"Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka," katanya.

Sehubungan itu, Anthony berharap pertemuan itu akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerja sama demi negara Malaysia yang lebih maju serta progresif.

  • oleh
  • Advertisement