Anda di sini

Kes baharu COVID-19 berkurang 32 kes

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan pengurangan 32 kes baharu COVID-19 menjadikan hanya 222 kes berbanding 254 pada hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata jumlah jangkitan ini sejajar dengan penurunan jumlah sampel ujian kepada 1,705 hari ini berbanding 1,920 kelmarin.

Tambahnya kadar positif juga menurun kepada 

 13.02 peratus berbanding 13.23 peratus kelmarin.

“Enam daerah merekodkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 54 kes, Tuaran 39 kes, Papar 26 kes, Penampang 18 kes, Tawau 13 kes dan Kota Marudu 11 kes.

“Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu kekal sebanyak enam daerah,” katanya.

Masidi berkata daripada 222 kes yang direkodkan itu, 221 kes adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 manakala hanya satu kes dalam Kategori 4.

  • oleh
  • Advertisement