Anda di sini

Hajiji ucap tahniah kepada PM ke-10

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Katanya kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan persekutuan dibawah pimpinan beliau demi manfaat dan kebaikan bersama.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan termasuk usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk di bawah pimpinan Anwar.

“Pengalaman luas Anwar diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau juga berharap Manifesto Pakatan Harapan termasuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.

  • oleh
  • Advertisement