Anda di sini

Hajiji bentang belanjawan negeri Sabah esok

Advertisement
 Hajiji (tiga kiri) ketika membuat semakan terakhir belanjawan negeri Sabah.
SEMAK: Hajiji (tiga kiri) ketika membuat semakan terakhir belanjawan negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kewangan Sabah membuat semakan terakhir belanjawan negeri Sabah 2023, di pejabatnya di sini hari ini.

Hajiji akan melaksanakan pembentangan belanjawan itu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 esok.  

Bersama beliau ialah Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya dan Datuk Juliti Mojungki.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair; Penasihat Khas Ketua Menteri (Kewangan dan Ekonomi), Datuk Peter Thien dan Jawatankuasa Bajet Negeri.

  • oleh
  • Advertisement