
DOHA: FIFA kelmarin melancarkan prosiding tatatertib atas nyanyian penyokong Ecuador semasa perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang tuan rumah Qatar.
Badan induk dunia bola sepak itu tidak menjelaskan laungan apakah itu tetapi berkata ia termaktub di bawah artikel 13 kod tatatertib, yang melibatkan perkataan diskriminasi atau kesat.
Ecuador menewaskan Qatar 2-0 pada hari Ahad pada pelancaran Piala Dunia.
“Jawatankuasa disiplin FIFA membuka prosiding terhadap Persatuan Bola Sepak Ecuador kerana laungan penyokong Ecuador semasa perlawanan Piala Dunia Qatar lawan Ecuador yang berlangsung pada 20 November,” katanya. — AFP