Anda di sini

Ewon bakal Presiden UPKO tahun hadapan

Advertisement
EWON
EWON

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick bakal mengambil alih tugas sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bermula tahun hadapan.

Pelantikan Ewon itu dibuat selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti semalam dan memutuskan akan dilaksanakan pada Kongres parti pada 14-15 Januari tahun depan.  

Ia selepas tarikh asal pada 15-16 Oktober lalu ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Kongres tersebut akan diadakan di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang dan bakal dirasmikan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memenangi jawatan Presiden selepas penyandangnya Datuk Wilfred Madius Tangau tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam PRU15 baru-baru ini, Ewon menewaskan Timbalan Presiden Parti Warisan (WARISAN) Datuk Darell Leiking.

Beliau juga merupakan satu-satunya ADUN UPKO yang memenangi kerusi PRN pada tahun 2020.

  • oleh
  • Advertisement