Anda di sini

WARISAN sokong gabungan PH dan BN bentuk kerajaan

Advertisement
SHAFIE
SHAFIE

KOTA KINABALU: Parti Warisan (WARISAN) menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai gabungan yang memperoleh bilangan kerusi tertinggi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata sokongan itu diberikan kerana kedua-dua parti itu mempunyai bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan.

“Justeru, PH dan BN harus diberi keutamaan untuk membentuk kerajaan kerana kedua-duanya mendapat undi majoriti daripada rakyat.

“Sokongan ini juga atas alasan bahawa Kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan 21 tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, PH dan BN diharapkan dapat bekerjasama menjadi rakan kongsi yang membolehkan Kerajaan Persekutuan dibentuk.

“Ia sekali gus membawa kestabilan politik dan perpaduan kepada negara Malaysia,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement