Anda di sini

Lima maut ditembak di Colorado

Advertisement

Serangan sasari kelab malam tempatan, 18 orang turut cedera

Pakaian dan barangan mangsa yang berlumuran darah berselerakan di pekarangan Club Q di Colorado Springs, Colorado kelmarin. - Gambar AFP
Pakaian dan barangan mangsa yang berlumuran darah berselerakan di pekarangan Club Q di Colorado Springs, Colorado kelmarin. - Gambar AFP

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima orang telah terkorban dan 18 orang tercedera dalam kejadian tembakan di sebuah kelab malam di bandar Colorado Springs di Amerika Syarikat (AS) kelmarin, menurut pihak polis.

"Dengan berat hati saya perlu memaklumkan anda bahawa kami mempunyai satu kejadian tembakan di sebuah kelab tempatan pada petang ini. Kami menerima satu panggilan awal pada kira-kira jam 11.57 pada petang waktu tempatan bahawa terdapat satu kejadian tembakan aktif di sebuah kelab tempatan dikenali sebagai Club Q," menurut jurucakap polis Pamela Castro.

Castro menyatakan pihak berkuasa memberikan respons dan mereka telah mengesan seorang individu di dalam tempat kejadian yang dipercayai suspek.
“Kami mempunyai 18 mangsa yang tercedera dan lima orang terkorban,” kata beliau.

Club Q telah memberikan respons dengan menyatakan ia telah dibinasakan serangan tanpa perasaan terhadap komuniti.

“Kami berterima kasih dengan reaksi pantas pelanggan yang berani berjaya menghalang penembak dan menamatkan serangan kebencian ini,” ia menyatakan dalam Facebook. - AFP

Advertisement