Anda di sini

Bangunan dekat stesen kereta api Moscow terbakar

Advertisement


       

Gambar serahan Kementerian Situasi Kecemasan Rusia kelmarin menunjukkan anggota bomba giat memadam kebakaran gudang bata dua tingkat di Moscow. - Gambar AFP
Gambar serahan Kementerian Situasi Kecemasan Rusia kelmarin menunjukkan anggota bomba giat memadam kebakaran gudang bata dua tingkat di Moscow. - Gambar AFP


MOSCOW: Sebuah gudang terbakar di tengah Moscow berhampiran tiga stesen kereta api yang menghubungkan bandar utama Rusia itu dengan beberapa bandar utama, menurut pihak kementerian perkhidmatan kecemasan kelmarin.

Kepulan asap hitam kebal memenuhi ruang udara bandar tersebut berbanding laluan pejalan kaki yang diliputi salji hanya bersebelahan dengan stesen kereta api Yaroslavsky, Leningradsky dan Kazansky, menurut rakaman yang ditunjukkan televisyen Rusia.

Stesen tersebut merupakan stesen paling sibuk menghubungkan Moscow dengan bandar-bandar seperti Saint Petersburg di barat laut, Kazan di timur atau Vladivostok di timur jauh.

Pihak perkhidmatan kecemasan menyatakan mereka telah menerima satu amaran sekitar jam 3 petang waktu tempatan mengenai satu kebakaran di sebuah gudang bata dua tingkat.

Pada jam 2 petang waktu tempatan api telah membakar kawasan seluas kira-kira 2,500 meter persegi (27,000 kaki persegi).

Tiga helikopter dan 80 anggota bomba berusaha untuk memadamkan api, kata pihak kementerian dalam Telegram. 

Syarikat kereta api Rusia RZD menyatakan kebakaran tersebut tidak mengancam penumpang dan tidak menjejaskan perjalanan kereta api, menurut kepada agensi berita rasmi RIA Novosti. - AFP

Advertisement