Anda di sini

Anyi Ngau menang di Parlimen Baram, peroleh majoriti 7,339 undi

Advertisement
Anyi (empat kanan)  meraikan kemenangan bersama para penyokongnya selepas diumumkan memenangi kerusi Parlimen Baram malam ini.
Anyi (empat kanan) meraikan kemenangan bersama para penyokongnya selepas diumumkan memenangi kerusi Parlimen Baram malam ini.

MARUDI: Calon GPS Datuk Anyi Ngau telah dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Baram setelah berjaya memperolehi majoriti 7,339 undi dengan menewaskan dua pencabarnya masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Bebas.
    
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Anyi memperolehi undi sebanyak 18,399, Roland Engan (PH) 11,060 undi dan Wilfred Entika Rebai (Bebas) hanya mendapat 324 undi.
    
Manakala kertas undi ditolak sebanyak 332 dan peratusan pengundian hanya 50.76 peratus daripada 59,535 pengundi di kawasan Parlimen Baram.

Belayong (tengah) semasa mengumumkan keputusan PRU15 bagi Kerusi Parlimen Baram di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Marudi di sini malam ini.
Belayong (tengah) semasa mengumumkan keputusan PRU15 bagi Kerusi Parlimen Baram di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Marudi di sini malam ini.


    
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Baram, Belayong Pok pada jam 7.13 malam.
    
Sementara itu, Anyi ketika ditemui sebaik pengumuman kemenangannya dibuat melahirkan rasa gembira kerana masih diberi peluang untuk berkhidmat kepada rakyat di Baram.
    
Sehubungan itu, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberi mandat kepadanya untuk terus menerajui kerusi Parlimen Baram pada PRU15 ini. 

"Kemenangan ini adalah kemenangan untuk semua rakyat di Baram ini," katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement