Anda di sini

Rakyat Sarawak telah bersuara, SUPP hormati keputusan pengundi 

Advertisement
Dr Sim (duduk kanan) bersama pemimpin GPS diketuai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (duduk tengah). - Gambar Muhammad Rais Sanusi
Dr Sim (duduk kanan) bersama pemimpin GPS diketuai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (duduk tengah). - Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian menghormati keputusan pengundi Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Dr Sim menerusi catatan di Facebooknya berkata rakyat telah memberi undi dan beliau menghormati keputusan serta pendirian rakyat Sarawak. 

"Setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Parlimen Sarawak yang baru dipilih dan telah diberi mandat untuk mewakili rakyat dalam Parlimen Malaysia.

"Rakyat berharap untuk melihat mereka menunaikan semua janji dan tanggungjawab terpenting adalah untuk membentuk Kerajaan Malaysia yang stabil," katanya. 

Di pihak SUPP kata Dr Sim, pihaknya akan meneruskan Agenda Sarawak di Malaysia, bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Katanya calon-calon SUPP telah melakukan yang terbaik dan beliau ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam memastikan kelancaran kempen selama 14 hari. 

Dalam pada itu PRU15 menyaksikan SUPP hanya memenangi dua kerusi iaitu Serian menerusi Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Sarikei menerusi Dato Sri Huang Tiong Sii.

SUPP tewas di Bandar Kuching, Stampin, Sibu dan Lanang kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan tewas di Miri kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).  

Advertisement