Anda di sini

Perjuangan kesejahteraan rakyat Samarahan diutamakan: Rubiah

Advertisement
 

KUCHING: Majoriti 29,445 undi yang diperolehi Datuk Rubiah Wang (gambar) menujukkan pengundi di Kota Samarahan memerlukan pembangunan di Parlimen berkenaan.

Menurutnya, apa yang patut diambil perhatian ialah untuk memastikan usaha yang diperjuangkan sama ada dari sudut kesejahteraan rakyat, sekali gus dapat memperhebat peranan wanita dalam politik.

"(Jumlah undi) ini merupakan jumlah yang amat bagus dan ia menunjukkan sokongan rakyat Kota Samarahan terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya ketika ditemui media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini malam Sabtu.

Rubiah menambah, apa yang diperolehi daripada keputusan berkenaan adalah hasil kecederungan undi golongan muda yang terarah kepada GPS.

"Ini menunjukkan satu 'mood' yang baik untuk kita (GPS) teruskan matlamat kita bangunkan Kota Samarahan.
 
"Dalam masa yang sama, kita dapat memantapkan lagi kekuatan GPS dalam Sarawak," ujarnya sambil menambah, kemenangan yang diperolehi ini dapat perkasakan wanita untuk membangunkan negara.

Terdahulu, Rubiah mempertahan kerusi Parlimen Kota Samarahan dengan kemenangan majoriti 29,445 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Abang Halil Abang Naili dalam pertembungan satu lawan satu di mana Abang Halil memperoleh 12,833 undi.
 

  • oleh
  • Advertisement