Anda di sini

Nanta menang selesa kerusi Parlimen Kapit

Advertisement
 

SIBU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi (gambar) menang selesa di Parlimen Kapit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan memperoleh 16,522 undi.

Nanta mendapat majoriti 12,402 undi sementara lawannya Khusyairy Pangkas Abdullah@Pangkas Unggang daripada Pakatan Harapan (PH) mendapat 4,120 undi.

Robert Saweng daripada Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) pula hanya mampu meraih 1,357 undi.

Pengumuman keputusan di Pusat Penjumlahan Undi P215 Kapit oleh Pegawai Pilihan Raya Cerisologo Sabut di Kompleks Kerajaan Negeri Bahagian Kapit malam tadi.

Nanta yang merupakan Setiausaha Agung GPS berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kapit yang disandangnya selama lima penggal sejak 1999.

Pada PRU14 2018, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bertanding di Kapit dengan calonnya Paren Nyawi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) ketika itu dan kini GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang memperoleh 14,302 undi dan menang dengan majoriti 10,479 undi.
 

  • oleh
  • Advertisement