Anda di sini

Bas mini terjunam ke parit di selatan Pakistan, 20 maut

Advertisement
Anggota polis memeriksa bas mini yang remuk dalam kemalangan di bandar Sehwan di wilayah Sindh di selatan Pakistan kelmarin. — Gambar AFP
Anggota polis memeriksa bas mini yang remuk dalam kemalangan di bandar Sehwan di wilayah Sindh di selatan Pakistan kelmarin. — Gambar AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 orang maut, termasuk 11 kanak-kanak, apabila sebuah bas mini terjunam ke dalam parit yang dalam dan berisi air di selatan Pakistan, menurut polis kelmarin.

Pakistan mempunyai kadar kematian jalan raya yang sangat tinggi, dipersalahkan terhadap keadaan lebuh raya yang uzur dan pemanduan secara cuai.

Pada Khamis lepas di wilayah Sindh, bas itu “terjatuh ke dalam parit yang berisi air di sebatang jalan yang dilanda banjir pada musim panas”, pegawai polis tempatan Khadim Hussain memberitahu AFP.

“Pemandu dapat melihat papan tanda lencongan di jalan raya dan kemudian bas terjunam ke dalam parit sedalam 25 kaki (lapan meter)” berhampiran pekan Sehwan Sharif.

Hussain berkata kanak-kanak yang terbunuh berusia di antara dua dan lapan tahun, kemungkinan duduk di atas pangkuan ibu bapa mereka ketika mereka mengalami kecederaan teruk.

Seramai 14 orang lagi tercedera dalam kemalangan itu.

Pakistan telah dilanda oleh hujan monsun yang melebihi rekod pada tahun ini yang meletakkan satu pertiga daripada negara ditenggelami air, menyebabkan lapan juta orang kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan sebahagian besar infrastruktur.

Penyelidikan yang boleh dipercayai mengaitkan banjir teruk itu dengan perubahan iklim. 

Menurut anggaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih 27,000 orang telah terkorban di jalan raya Pakistan pada 2018. — AFP
 

Advertisement