Anda di sini

PH dahului saingan PRU15 setakat 11.30 malam

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Setakat 11.30 malam, keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan memperoleh 18 kerusi Parlimen. 

Antara kerusi yang telah disahkan menang secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah Tanjong di Pulau Pinang; Pandan, Selangor serta Kepong dan Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PH turut menang di Johor iaitu Parlimen Sekijang, Labis, Ledang, Bakri, Kluang, Johor Bahru serta rakan kerjasama iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Muar selain Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan di Sabah.

Perikatan Nasional (PN) memperoleh 15 kerusi Parlimen termasuk di kawasan Pagoh yang ditandingi Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula berjaya meraih 15 kerusi, Barisan Nasional (BN) dengan 13 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (dua), Warisan dan Parti Bangsa Malaysia, masing-masing satu kerusi.

Sementara itu, penguasaan veteran UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang, Kelantan, berakhir setelah tewas kepada Datuk Mohd Azizi Abu Naim (PAS) dalam saingan empat penjuru dengan majoriti tipis 163 undi. - Bernama

Advertisement