Anda di sini

Ketua geng Israel ditahan dalam serbuan di Afrika Selatan

Advertisement
Pegawai Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) memunggah motosikal yang dirampas ke atas sebuah trak di luar rumah di Bryanston, Johannesburg kelmarin ekoran penangkapan seorang ketua geng Israel yang berada dalam senarai merah Interpol sejak 2015. — Gambar AFP
Pegawai Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) memunggah motosikal yang dirampas ke atas sebuah trak di luar rumah di Bryanston, Johannesburg kelmarin ekoran penangkapan seorang ketua geng Israel yang berada dalam senarai merah Interpol sejak 2015. — Gambar AFP

JOHANNESBURG: Polis Afrika Selatan kelmarin mengumumkan mereka telah menahan seorang ketua geng yang disyaki  telah diburu oleh Israel selama beberapa tahun bagi konspirasi untuk melakukan pembunuhan dan cubaan membunuh.

Rakyat Israel berusia 46 tahun yang tidak dinyatakan namanya, dikaitkan dengan sebuah organisasi jenayah besar dikenali sebagai Abergil, menurut polis dalam satu kenyataan.

Dalam senarai orang yang dikehendaki oleh Interpol sejak 2015, “orang buruan itu telah ditangkap bersama dengan tujuh orang lagi di sebuah rumah” di Bryanston, sebuah subbandar utara yang kaya raya di Johannesburg, jelasnya.

“Menurut pihak berkuasa Israel, suspek merupakan sebahagian daripada sebuah geng berbahaya yang berurusan dalam pengedaran dadah, peras ugut dan aktiviti jenayah lain,” jelasnya.

Dia dikatakan melakukan beberapa pengeboman kereta, mengakibatkan lapan orang mengalami kecederaan serius, tambahnya.

Pihak polis telah berkongsikan gambar dan video mengenai tangkapan, di mana suspek telah dilihat terbaring dengan muka ke bawah dan tangan mereka diikat.

Dua belas senjata api, termasuk pistol serangan, telah dirampas, bersama dengan wang tunai berjumlah AS$40,000 dan tiga motosikal yang disyaki telah dicuri.

Geng Abergil telah dikaitkan dengan dua bersaudara yang pada 2011 diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi berdepan tuduhan membunuh, penggubahan wang dan pengedaran dadah. — AFP
 

Advertisement