Anda di sini

Ismail Sabri sertai Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia

Advertisement
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat, kanan) menunaikan Solat Sunat Hajat pada program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di Masjid Darul Fikri malam tadi. -Gambar Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat, kanan) menunaikan Solat Sunat Hajat pada program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di Masjid Darul Fikri malam tadi. -Gambar Bernama

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama-sama  ratusan jemaah menunaikan solat hajat bersempena Program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di Masjid Darul Fikri di sini malam Khamis.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.10 malam dengan ditemani ahli keluarga beliau.

Beliau seterusnya menyertai jemaah menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat hajat yang dipimpin Imam Satu masjid itu Ahmad Hakim Samsudin.

Usai solat itu, Ismail Sabri meluangkan masa menyantuni jemaah sebelum meninggalkan masjid pada pukul 9.10 malam.

Program Solat Hajat Perdana itu diadakan bagi memohon pelindungan Allah SWT agar dijauhkan bala bencana dan wabak penyakit, selain memohon doa bagi kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 serta  memohon keharmonian dan keamanan negara kekal terpelihara. 

Proses pengundian bagi PRU15 akan berlangsung Sabtu ini (19 November) seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya. - BERNAMA
 

Advertisement