Anda di sini

SMK Sedaya Kanowit juara Kejohanan Piala Pembangunan Olahraga MSS Sibu 

Advertisement
Ling (empat kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
Ling (empat kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.

SIBU: Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Sedaya Kanowit muncul juara Kejohanan Piala Pembangunan Olahraga MSS Sibu kali-20 selepas mengutip 14 pingat emas, 18 pingat perak dan sembilan pingat gangsa menjadikan 438.50 mata keseluruhan.

Tempat kedua dimenangi SMK Sibu Jaya yang mencatatkan 348 mata setelah berjaya mengutip 11 pinta emas, tujuh pingat perak dan 13 pingat gangsa.

Manakala SMK ST. Elizabeth yang mendapat 207 mata apabila berjaya mendapat lapan pingat emas, 10 pingat perak dan lima pingat gangsa di tempat ketiga.

Bagi peringkat sekolah rendah, tempat pertama dimenangi Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Zon Bandar A selepas memperolehi 178 mata dengan empat pingat emas, tujuh pingat perak dan lima pingat gangsa.

Diikuti MSSR Zon Luar Bandar A yang memperolehi 156 mata di tempat kedua selepas berjaya memenangi enam pingat emas, tiga pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Tempat ketiga dimenangi MSSR Zon Selangau yang mengumpul 81 mata keseluruhan setelah memungut dua pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa.

Sebanyak enam rekod baru MSS Sibu dicipta sepanjang kejohanan berkenaan berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibujaya, di sini.

Kejohanan tersebut disertai 994 orang pelajar mempertandingkan 14 acara sukan.

Hadiah pemenang disampaikan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sibu Ling Hua Wee yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang dan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Ahli Chikba.
 

  • oleh
  • Advertisement