Anda di sini

Pemain Iran dibenarkan untuk menyuarakan diri di Piala Dunia

Advertisement
Pemain Iran jalani sesi latihan menjelang temasya Piala Dunia 2022 Qatar. — Gambar AFP
Pemain Iran jalani sesi latihan menjelang temasya Piala Dunia 2022 Qatar. — Gambar AFP

DOHA: Pemain Iran dibenarkan untuk menyuarakan diri mereka sendiri di Piala Dunia, menurut jurulatihnya, Carlos Queiroz pada Selasa ketika negara itu diselubungi bantahan anti kerajaan terbaharu.

Penduduk Iran menunjuk perasaan  sejak bulan September berikutan dengan kematian seorang wanita berusia 22 tahun, Mahsa Amini selepas didakwa kerana didakwa melanggar kod pemakaian wanita.

Pemain dari Iran menjadi perhatian utama di Qatar untuk isyarat bahawa mereka menyokong penunjuk perasaan.

Queiroz memberitahu satu sidang media: “Semua orang mempunyai hak untuk bersuara.”

Dia membandingkan situasi kepada pemain di England yang melakukan isyarat melutut sebelah kaki dalam protes anti perkauman.

“Anda biasa melutut sebelah kaki dalam perlawanan. Ada orang bersetuju dan ada orang tidak bersetuju dengan tindakan itu. Dan Iran juga sama,” kata jurulatih yang berasal dari Portugal itu dalam satu sidang media video.

“Ia di luar persoalan untuk memikirkan bahawa pasukan kebangsaan Iran tidak terjejas dengan isu seperti ini. Pemain, satu-satu yang berada dalam fikiran mereka, iaitu untuk mencapai sasaran melangkah ke pusingan kedua kejohanan,” kata Queiroz.

“Mereka adalah orang yang merendah diri, memahami hanya satu perkara mudah. Jika mereka dapat melakukannya ,mereka bukan hanya sebahagian dari sejarah kerana Iran sudah beraksi enam kali di Piala Dunia tetapi tidak pernah melangkah ke pusingan kedua.

“Mereka tidak mahu hanya menjadi sebahagian dari sejarah, mereka mahu cipta sejarah.”

Iran akan memulakan kempen Piala Dunia 2022 menentang England pada hari kedua. Mereka juga akan menentang Amerika Syarikat dan Wales dalam Kumpulan B. — AFP
 

Advertisement