Anda di sini

‘Jualan Akhir Tahun’ MR D.I.Y. tawar diskaun sehingga 40 peratus 

Advertisement
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati sehingga 40 peratus dan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk produk-produk tertentu di MR D.I.Y. sempena ‘Jualan Akhir Tahun’ peruncit tersebut.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati sehingga 40 peratus dan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk produk-produk tertentu di MR D.I.Y. sempena ‘Jualan Akhir Tahun’ peruncit tersebut.

KUCHING: Rakyat Malaysia di seluruh negara kini bersiap sedia untuk menikmati musim membeli-belah akhir tahun dengan kedatangan Krismas, cuti sekolah bulan Disember dan Tahun Baharu Cina.
 
Menyedari keterujaan rakyat serta memahami cabaran yang dihadapi mereka berikutan kenaikan harga berterusan, peruncit perkakas rumah kegemaran negara melancarkan sebuah inisiatif berfokuskan nilai yang bertujuan memberikan para pembeli pelbagai pilihan sempena musim perayaan tanpa membebankan poket mereka.

Sehubungan itu, Kumpulan MR D.I.Y. Berhad (MR D.I.Y.) melancarkan ‘Jualan Akhir Tahun’ seluruh negara dengan menawarkan para pelanggan lebih 80 produk dengan diskaun sehingga 40 peratus serta tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk beberapa produk yang popular. 

Ia termasuk produk peralatan penjagaan diri, produk penjagaan kereta hingga makanan basah dan kering untuk pencinta kucing sehingga November.

Selain itu, MR D.I.Y. juga peka dengan kemunculan varian baharu COVID-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga, ia turut menawarkan keperluan perlindungan diri seperti pensanitasi, pelitup dan penghadang muka serta semburan disinfektan pada harga diskaun sehingga Disember.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata, hujung tahun sentiasa membawa ‘mood’ perayaan.

Ia katanya merupakan masa untuk meraikan pencapaian pada tahun itu dan untuk mengalu-alukan kedatangan tahun baharu, di samping meluangkan masa bersama orang yang tersayang semasa Krismas dan musim cuti. 

“Di MR D.I.Y, matlamat kami adalah untuk menambah kegembiraan dan kemeriahan dalam setiap sambutan dan saat-saat bersama keluarga dan inilah sebabnya kami mengadakan Jualan Akhir Tahun. 

“Ia adalah cara yang terbaik untuk membantu rakyat Malaysia berkumpul bersama orang yang tersayang dan meraikan tahun ini tanpa perlu bimbang tentang harga dan bajet. 

Janji ‘Always Low Prices’ dan penawaran 18,000 produk daripada kami bermakna kami pasti ada sesuatu yang sesuai untuk setiap orang!,” katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Goh menambah bahawa peruncit tersebut juga ingin  menjadikan keperluan perlindungan diri lebih mudah diakses oleh rakyat pada masa yang sama.

“Dengan varian baharu COVID-19 yang sentiasa muncul, kami juga ingin memastikan semua orang dapat meraikannya dengan selamat. 

“Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan pensanitasi dan barangan keperluan lain apabila anda membeli-belah pada musim cuti nanti,” katanya.

Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y. akan berlangsung sehingga akhir tahun dan akan turut menawarkan beberapa jenama terkenal termasuk jenama-jenama pembersih kegunaan rumah seperti MR MUSCLE, pewangi fabrik FEBREZE Ambi Pur, sabun DETTOL dan banyak lagi.
 
Di MR. DOLLAR dan MR. TOY, jualan akhir tahun ini turut melibatkan tawaran menarik ‘Always RM2 or RM5’ dan ‘Always Low Prices, Always Fun’ untuk snek, produk-produk kegunaan rumah, alat tulis dan mainan sehingga hujung tahun juga.    
 
Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y., www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my dan saluran media sosialnya di Facebook dan Instagram.

Advertisement