Anda di sini

Biden tuntut pembebasan segera aktivis pembangkang Kemboja

Advertisement

Presiden AS bangkitkan kes Theary Seng semasa waktu sampingan persidangan ASEAN di Phnom Penh

Biden berjabat tangan dengan Hun Sen (kanan) semasa menghadiri majlis makan malam sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh, kelmarin. - Gambar AFP
Biden berjabat tangan dengan Hun Sen (kanan) semasa menghadiri majlis makan malam sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh, kelmarin. - Gambar AFP

PHNOM PENH: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden kelmarin menggesa pihak Kemboja agar membebaskan seorang aktivis Amerika-Kemboja yang lantang bersuara yang telah dikenakan hukuman penjara enam tahun atas pensabitan pengkhianatan dalam perbicaraan beramai-ramai yang melihat 60 tokoh pembangkang.

Biden membanagkitkan kes Theary Seng dalam rundingan dengan pemimpin Kemboja Hun Sen ketika waktu sampingan persidangan kumpulan wilayah Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara  (ASEAN) di Phnom Penh.

Satu kenyataan Rumah Putih selepas rundingan itu menyatakan Biden menyeru pembebasan aktivis yang ditahan atas tuduhan bermotifkan politik termasuk Theary Seng.

Rakyat dwikerakyatan berusia 51 tahun itu memulakan mogok laparnya pada Isnin sebagai bantahan terhadap keadaan dalam penjara.

Peguam dan penganjur kempen itu yang merupakan pengkritik Hun Sen selama ini, berharap pihak berkuasa memindahkannya dari penjara di barat negara ke penjara di Phnom Penh.

Perdana Menteri berusia 70 tahun itu merupakan pemimpin Asia paling lama berkhidmat, dengan pengkritik menyatakan  beliau telah menjejaskan semula kebebasan demokratik, menggunakan mahkamah bagi menghalang penentang serta memenjarakan aktivis pembangkang dan pejuang hak asasi manusia.

Theary Seng adalah antara beberapa orang yang terperangkap dalam satu tindakan untuk menahan dan menangkap bekas anggota parti pembangkang yang telah dibubarkan Parti Penyelamat Negara Kemboja, pejuang hak asasi manusia dan sebarang bentuk suara tentangan terhadap pentadbiraannya.

Hun Sen mahu bertanding bagi jawatannya sekali lagi dalam pilihan raya pada tahun hadapan dan menyokong anak sulungnya Hun Manet untuk menggantikannya kelak. – AFP

Advertisement