Anda di sini

Yayasan Sarawak lanjut Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma

Advertisement
Ahli-ahli jawatankuasa persatuan bersama Lee (duduk, tengah) serta Disa (duduk, dua kanan) di majlis makan malam tersebut.
Ahli-ahli jawatankuasa persatuan bersama Lee (duduk, tengah) serta Disa (duduk, dua kanan) di majlis makan malam tersebut.

MIRI: Yayasan Sarawak akan melanjutkan Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma kepada murid-murid dari keluarga kurang berkemampuan, bagi memastikan keperluan persekolahan mereka terjamin. 

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin yang mengumumkan perkara tersebut pada majlis makan malam anjuran Persatuan Bas Sekolah Perbandaran Miri di sebah hotel di sini, malam tadi berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan pelajar-pelajar sekolah terutama dari keluarga kurang bernasib baik. 

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan mahu memastikan tiada yang akan tercicir dalam pelajaran kerana alasan tiada pengangkutan ke sekolah. 

"Bantuan Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma untuk anak-anak sekolah dari kurang berkemampuan seperti kumpulan B40 akan dilanjutkan oleh Yayasan Sarawak.  

"Cara pemprosesan pembayaran kepada pengusaha bas sekolah akan dikaji semula supaya pembayaran dapat dijalankan dengan lebih cekap," katanya. 

Pengumuman itu juga turut mendapat tepukan gemuruh daripada ahli-ahli persatuan, yang  menyatakan kegembiraan dan kesyukuran kepada Kerajaan Sarawak atas sokongan terhadap pengusaha bas sekolah dengan menyediakan program seperti itu, kepada murid-murid yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.

Majlis makan malam itu juga turut mengalu-alukan calon GPS P.219 Miri, Kr Jeffery Phang. 

Turut hadir di majlis itu ialah setiausaha persatuan, Disa Lawai, yang mewakili presidennya, Penghulup Samad Alip. 
 

  • oleh
  • Advertisement