Anda di sini

Pelajar lontar telur ke arah Raja Charles dibebas dengan ikat jamin

Advertisement
 

LONDON: Seorang pelajar universiti Britain yang ditangkap kerana melontar telur ke arah Raja Charles III kelmarin menyatakan dia telah diharamkan dari membawa telur di tempat umum sebagai sebahagian daripada syarat ikat jaminnya.

Patrick Thelwell, 23, telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas insiden Rabu lepas di York, utara England, ketika kunjungan oleh pasangan diraja.

Polis Yorkshire Utara menyatakan dia telah ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan menggugat ketenteraman awam.

Tiada satu pun telur itu mengenai Raja Charles dan Permaisuri Camilla.

Jeritan “bukan raja saya” telah kedengaran di kalangan orang awam dan dakwaan bahawa Britain telah “terbina di atas darah hamba abdi”, menimbulkan kecaman daripada penonton lain.

Pihak polis kemudian bertindak menahan seorang lelaki, yang telah dihalang dan  dikurung di dalam belakang sebuah van, berdasarkan imej televisyen mengenai insiden itu.

Thelwell memberitahu akhbar Daily Mirror bahawa orang ramai telah “menjerit-jerit dan bersorak dengan penuh kemarahan”.

“Orang telah menarik rambut saya, mereka meludah ke arah saya. Mereka seperti telah hilang akal,” katanya.

Thelwell, seorang pelajar di Universiti York dan aktivis alam sekitar yang menentang monarki, menyatakan dia telah menerima ugutan bunuh. — AFP
 

Advertisement